BANGI: Mengurus kritikan dengan baik agar tidak 'cepat koyak' menjadi cabaran paling besar mereka yang terlibat dalam dunia hiburan hari ini terutama berhadapan komen negatif netizen di media sosial.
Walaupun kritikan sudah menjadi asam garam kehidupan selebriti namun tidak semua terbuka dan bersedia menerimanya, sehingga ada dalam kalangan mereka menghadapi masalah kemurungan.
Pengacara terkenal Awal Ashaari, 42, mengakui pada awal pembabitannya dalam dunia seni 20 tahun lepas, beliau sukar mengurus kritikan dan cepat memberi respons dengan penuh emosi terutama membabitkan 'periuk nasinya'.
Namun, apabila usia semakin matang dengan banyak pengalaman dikutip, reaksi pada komen-komen negatif atau kritikan dapat ditangani dengan lebih berhemah.
"Apabila kita letak emosi dalam perbuatan, ia menampakkan kita tidak matang dan benda itu akan makan diri kita semula.
"Sekiranya kita dapat tangani dengan cara betul, ia dapat memberi penyelesaian yang cukup mudah," kata pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari ini.
Beliau berkata demikian pada Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Membina Reputasi anjuran pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi (Kursus Komunikasi Krisis) di Dewan Perdana, Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.
Suami kepada selebriti Scha Al-Yahya ini juga berkata bagi memperoleh kekuatan menghadapi kritikan dan komen negatif, beliau selesa mengambil pendekatan merujuk kepada individu terdekat antaranya isteri, keluarga dan juga rakan-rakan media yang lebih memahami ekosistem bidang penyiaran.
Walaupun kritikan sering dikaitkan dengan kelemahan, namun Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro Raqim Ahmad melihatnya sebagai sangat penting khususnya dalam konteks penambahbaikan penerbitan sesuatu program.
Ini kerana, maklum balas penonton yang mungkin sesetengahnya berbaur negatif namun ia sebenarnya turut membantu dalam memastikan kelangsungan sesuatu program yang diterima ramai dan tidak syok sendiri.
"... jika kita tak terbuka untuk penonton bagi maklum balas, kita ada masalah di situ... ia akan buat kita rasa terlalu selesa dan merasakan kita sahaja betul. Namun, kita juga kena seimbangkan dengan apa yang kita suarakan.
"Bagaimanapun, secara peribadinya, saya tak akan baca komen ketika program sedang berjalan. Kadang-kadang komen dan kritikan daripada penonton agak dahsyat, sekali gus memberi impak kepada emosi," katanya.
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang produksi selain berhadapan dengan pelbagai cabaran menerbitkan program-program besar di Astro antaranya Gegarvaganza, Big Stage dan The Masked Singer Malaysia, beliau melihat perkara paling penting menghadapi sesuatu kritikan adalah tidak panik dan cepat melatah terutama dalam zaman media sosial.
Selain itu, bagi menangkis kritikan penonton, pihaknya juga mempunyai pasukan pemasaran untuk menganalisis dan merumuskannya sebelum membuat sebarang penambahbaikan.
"Kita kena berehat sekejap, menilai dulu dan selalunya saya akan melihat dua sudut sama ada benda (krisis) dalam kawalan atau di luar kawalan kerana cara untuk kita tanganinya juga berbeza," katanya.
Selain Raqim, program bual bicara selama lebih sejam itu turut menampilkan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dengan dikendalikan moderato, Sudirman Mohd Tahir serta persembahan nyanyian Kaka Azraff.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Raqim Ahmad (kiri) dan Awal Ashaari antara panel Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Membina Reputasi anjuran pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi (Kursus Komunikasi Krisis) di UKM baru-baru ini.
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
Penghormatan: Pemimpin disegani meninggalkan legasi
Pemimpin negara memberikan penghormatan terakhir kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Mendiang Datuk Mutang Tagal.
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut hari ini.
Polis tak terima laporan isu 3R sepanjang kempen
Polis turut berpuas hati dengan kerjasama semua pihak bertanding yang mematuhi ketetapan yang dikeluarkan.
[TERKINI] Reuters tidak laporkan Malaysia sebagai negara pengganas
Laporan berita dikaitkan dengan reuters.
Yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.
Yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.
Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.
PRK KKB: Warga emas lumpuh tekad keluar mengundi walau terpaksa diusung
Zul berkata dia tidak mahu melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.
Indonesia: Wanita temui ajal selepas cabut gigi geraham
Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara
Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu berlangsung.
Ten Hag tidak peduli kritikan
Bekas pengendali pasukan Ajax itu menegaskan bahawa dia tidak ingin bercakap tentang sebarang spekulasi mengenai masa depannya.
Kritikan Puad Zarkashi bersifat peribadi, tidak jejas pendaftaran PADU - Rafizi
Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan.
Intan Sarah 'serah diri' kepada Kim Pan-gon
Intan Sarah dikritik hebat selepas lantang mempertikai percaturan Kim Pan-gon di laman sosial ketika Harimau Malaya bertemu Korea Selatan.
Walaupun pedih, kritikan bantu tingkatkan karya
Mengurus kritikan dengan baik agar tidak 'cepat koyak' menjadi cabaran paling besar mereka yang terlibat dalam dunia hiburan hari ini terutama berhadapan komen negatif netizen di media sosial.
Bersatu tiada halangan berdamai selagi ruang kritikan dibuka
Syarat damai adalah masih boleh menegur dan mengkritik kerajaan bukan menerima seadanya, tegas Mas Ermieyati.
DAP terbuka dengan pandangan, kritikan mana-mana pihak termasuk MCA
DAP mengambil sikap terbuka terhadap setiap bentuk pandangan atau kritikan daripada mana-mana pihak termasuk MCA.
Rooney tolak kritikan terhadap MLS
Rooney pernah bermain untuk United pada 2018 dan 2019 sebelum meninggalkan francais untuk menyertai Derby County.
Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker
Beliau berkata, kritikan berkaitan sasaran juga perlulah pada masa bersesuaian.
'Serangan terhadap Hakim, badan kehakiman melampaui batas' - Tengku Maimun bersuara
Walaupun rakyat bebas untuk mengkritik, ia tidak bermakna mereka boleh melancarkan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman.
LRT di Ipoh: Kecaman itu normal - Datuk Bandar
Cadangan pembangunan LRT itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan perancangan serta persiapan perlu dibuat dari sekarang.